F PART 2: Pembedahan Buang Cyst. - Mazliyana Mazlan

PART 2: Pembedahan Buang Cyst.



25 August 2019
Khamis
Office @Kuala Lumpur

Tengah buat kerja tu,pukul 1230 tiba2 rasa macam eh sakit perut pulak . To be exact dia bukan kat perut, tapi kat ari2 bawah belah kanan. Sebenonya tak sakit sesangat2 pun, dia macam kena cubit kat dalam tu je . Sakit nak berak tu lagi sakit . Tapi disebabkan kita dah tau benda tu ada kat dalam kan so tu yang kita jadi lebih alert. Lagipun teringat pesan Dr Natasya, kalau sakit terus g Hospital.

So I pergi clinic sebelah office. 

''Doctor, I ada 7cm cyst and now I rasa sakit kat sini so I would like to check.''

Kemudian Doctor tu,  tahla sengal sengal ubi hahha dia okayla tekan2 kat perut tu kemudian dia kata. 

'' I tak rasa ini adalah appendix, okay takpe emm tapi I tak boleh scan la untuk check cyst ..so..hmmm''

So I tengok muka dia dah sengal2 ubi macam tunggu idea turun dari langit tak sampai2, I said to her. 

''Like this Doctor. U give me referral letter ke Hospital sebelah rumah I ni, then I pergi sana je. But I need your referral letter if possible. ''

''ohh yeah yeah yes yes sure sure okay nowwwww I will submit the referral letter to your hospital bla3''

So I jalan balik office ambik bag then booked Grab. Sebab I naik LRT datang kerja. Book2 Grab punyalah slow sebab Jalan Ampang kot dia punya jam what do you expect, 10 mins tunggu yennadey tak sampai2 so I  terus ambik je Taxy. Rezeki haritu, punyalah baik uncle cina the taxy driver tu baikk sangat memang berbudi bahasa orangnya. Allah mudahkan urusan.

Sampai hospital pergi emergency (DrNatasya dah pesan) then emergency kata you kena pergi terus ke specialist. So jalan ke kaunter pendaftaran which then jumpalah Dr Suhaimi Hassan, pakar Obstetrics and Gynaecology (O&G) .  

''Haritu Dr you kata cyst belah mana?''

''Kanan.''

''Now,you see here. I scan kanan ada, kalau scan ke kiri pun dia ada. Tak sure exactly where because maybe now it is overlapping''

(Pulak dah '-')

''u need to remove it. Khuatir dia membesar dia berpusing dan kacau ovary you ovary you rosak kita kena buang dengan ovary sekali. And nanti bila dia membesar dah nak pecah or it gives u pain already time tu you datang hospital dia dah pecah kat dalam kita memang terus immediate surgery which is not good yea''

'Now I tell you,you have to remove. Tapi you nak buat kat mana tu terpulang kat you.''

'' Alright.Hmm.. okay Doctor,kita buat kat sini je is it okay? Bila Dr free. I mean paling cepat yang saya boleh buat ni.''

Check check check schedule

''Esok lepas solat jumaat saya free''

''Okay kita buat esok.''

'You sure? I bagi you masa you fikir dulu nanti you confirm balik'

''Nope it s okay. Im sure my family will respect  my decision and as for my husband,I cant wait for him dia balik October doctor. So we do what's best let us just proceed please.''

As you all are aware, my husband tengah kat laut sekarang ni jadi takpelah kita buat jelah ya memang lah sedih tengah sakit nak operation suami tak ada tapi hidup kena diteruskan ahha kan kalau nak melepekk jee acanooo nak idop dik oii. 

'Oh October tak boleh la lama sangat. Okay kalau macam  u kena masuk ward petang or malam ni kira masuk terus lah sebab nak kena puasa and all of the stuffs before we go for surgery esok. ''

So I immediately whatsapp Aris '' Baby I buat operation esok ya sorry I tak boleh tunggu you. '' Maka suamiku pun menangis lah cakap sorry tak dapat teman etc. I hari tu I tak nangis sebab macam haha kena kentalkan hati jangan sedih jangan takut, you kena buat benda ni walaupun dia tak ada. Kalau I nak menjeng2 kat dia cakap please balik teman I and all, I rasa benda tu lagi tahla malas lah nak fikir buat stress ja kang nanti. 

( Tapi lepas operation tu masa masih sakit and  mamai2 lagi kan sengal2 ubi lagi jadi bila perasan yang eh suami aku tak ada lah, mana dia pergi ? ha tu yang I start sedih and nangis haha. ) 

Sebenarnya begini tau. I malas nak pike2 lagi.. Kalau I took more time to think, I akan fikir I kena naik kapal minggu depan ni pastu nak kena balik HongKong project tak settle pastu lusa ada kenduri pastu dah ada plan itu ini. so sebelum I berfikir untuk buat nanti nanti sebab nak settlekan dulu commitment2 tu kan, ahh buat saja la. Lagipun bayangkan ea,kalau I buat nanti2 tiap2 malam sebelum tido I akan memikirkan tentang hari pembedahan tu..tak ke cuak haha.

Maka
I terus sign admission form, ambik darah then dia bawak masuk ke ward. I was with my laptop bag hahah yela dari office kan. Pastu duduk jap atas katil, sempat mintak tukar bilik and beritau nurse saya nak balik rumah kejap saya tak bawak baju apa semua ni , saya kena pergi ambil sendiri sebab tak ada siapa kat rumah.

''eh tak boleh , dah masuk ward tak boleh keluar'' Nurse kata haha 

''Saya dah mintak izin Doctor tadi dia kata boleh tapi inform nurse.''

 Setelah nurse confirm sama doctor, I pun kluo ward,balik rumah jalan kaki tiba2 hujan pula so naik taxy sampai rumah kemas baju, left the house and went back to the hospital. 

Malam tu mama papa my girls datang . Esok nya jumaat pagi my family pulak sampai dari Johor .the time has come. Operation nak buat lepas solat Jumaat. 

Doctor bius bagi briefing beliau kata I akan ditidurkan terus ,selesai operation baru  I akan dikejutkan.

'Worry not,you wont feel the pain lepas bangun tu.nanti  before you rasa sakit kita akan bagi pain killer' 

Masuk Operation Theatre ,ni taknak la cerita how I felt,too long to list but one short description, rasa macam dah nak mati pun ada 😅

'Mazliyana, bangun ..kita sudah selesai '

Jeng jeng jeng....tak sakit? Sakit gila haha sebab tak larat nak cakap air mata jelah mampu meleleh non stop.

'Mazliyana,  u rasa sakit ya Doctor tambah ubat ya. '

Dah tambah dua kali, sakit lagi.

'Okay kami nak hantar balik ward ya'

Pastu geleng kepala, I was like ehh kejap kejappp taknak balik ward dulu benda sakit tak kurang lagi dari tadi haha jap jap atleast janganla bagi sakit sangat nanti family tengok risau sian je.

'Kita sudah bagi you tiga different @-$$+(apa tah beliau sebut ) . Badan you kecik, so kita takut bagi banyak tadi mula2 takut you cannot handle it.'

Doctors there sangat menyantuni kita ,kita pun menyantuni balik lah cakap sorry kat doctor sebab kena lapkan air mata haha tapi muka Doctor muda perempuan tu rela tak rela lewls! Cakap sorry tu sebab nak menekankan kat Doctor tu yang serius doctor,saya bukan ngada2..memang sakit gila doctor saya bukan sengaja nak nyusahkan doctor and jatuhkan air mata macam waterfall ni.so,saya sorry.

Masuk Operation Theatre jam 2pm. Keluar jam 5pm.  So start dari 5pm dah dimasukkan semula ke ward tu. Setibanya malam I dah mula lah mamai2 merepek2 entah apa.  Doctor kata I akan tido 6-8 jam selepas operation. . Sudahnya taktau la ubat tu tak kawan sangat dengan badan kita ke apa,  tak boleh tido sangat pun mamai2 je dengan sakit sikit2 kat pembedahan tu. Tapi tengah malam terus tido nyenyak.

Esok pagi, okay dah. Nak cepat baik punya pasal terus cakap kat doctor saya dah boleh bangun kot please cabut tube kencing ni semua haha saya nak try g kencing sendiri then jalan2. Sebab Doct pesan, nak baik cepat kena banyak jalan tapi pelan2 supaya darah mengalir elok. 

Tentang Cyst tu. Apa Doctor cakap?


It is Fimbrial cyst.
Dalam cyst I adalah cecair bukan darah atau daging.

Sebelum pembedahan , Doctor ada brief sama ada mahu buat pembedahan macam Czer orang bersalin tu, atau tebuk tiga lubang. For my case asalnya,  sebab the cyst is 7cm so Doctor prefer belah daripada tebuk. Kita jangkakan cyst tu 7 cm yang keras, so nak keluarkan tu lebih baik kita belah dari tebuk tiga lubang tu agak kecil.

Ketika pembedahan, Doctor found out yang my cyst contained fluid ( cecair ) instead of darah ataupun daging. Jadi dia tukar plan untuk keluarkan cyst tu. Jadi sebab tu lah kita tengok bawah ni bukan macam yang selalu kita nampak iaitu cyst yang kita boleh pegang tu kan yang keras, ni tinggal kulit je yang Dr tunjuk ni. 


So how they removed ialah,  belah sikit pastu buat lubang kat cyst tu kemudian Doctor gunakan sucker untuk sedut keluar cecair dalam cyst I tu. Selesai sedut keluar cecair Doctor keluarkan kulit cyst tu pulak. So method yang kikis tu tak diguna pakai lah. Jadi tak ada luka  apa2 di dalaman contoh Fallopian tube ataupun ovary Almdulillah sebab dia cuma sedut bukan kikis macam yang plan asal tu tadi. 

Bila pikir emm patutla I tak buncit pasal dia dalam macam belon bukan solid. 

Masa scanning pada awalnya,   Doctor suspect ia adalah Ovary Cyst  . Tapi tidak, ia hanyalah Fimbrial Cyst yang duduk di bawah fallopian tube, bukan di ovary.
So dua dua ovary dan dua dua belah fallopian tube tak disentuh masih cantik Alhamdulillah. 


Ofcourse, ada ramai yang bagi pendapat mungkin kita tak perlu pun bedah sebab dia akan kecut sendiri and so on. Sejujurnya, I respect apa2 pun pengalaman dan pilihan orang lain tetapi ini adalah pilihan yang I rasa terbaik untuk diri sendiri. As simple as that. And, I tak berapa nak google pun cuma google meaning cyst itu sendiri. Yang tips ke faktor apa2 soalan lain I nak tau, I tanya Doctor terus . Google has toooo manyyy infos I taknak semakkan kepala dengan baca benda2 tu semua. 

Dan soalan paling ramai orang tanya ialah macam mana I boleh nak pergi check if I ada cyst? Ada rasa sakit ke atau senggugut teruk atau period berlanjutan ke ?

Jawapannya:
Tidak. 
Symptom yang Doctor bagi antaranya ialah selalu sakit perut, period tidak teratur ,senggugut yang teruk, selalu rasa penat walaupun kita ni tak ada buat apa2 sangat pun.

Sakit perut yang kerap: I dont think so.
Period tidak teratur : Period I cantik every month
Senggugut yang teruk : Selalunya hari kedua memang senggugt rasa sakit belakang dan ofc the vagina tapi I can say it is fine sebab yang doctor describe senggugut teruk ni yang sampai kita tak boleh buat kerja, sakit sesangat sampai kena makan ubat boleh sampai nangis etc. Mine is okay.
Selalu rasa penat walaupun tak buat apa2: I meemmmmangg selalu complain penat kat my husband haha tapi sebab my daily routine memang sangat sibuk mentally and physically I memang tak da rehat sejujurnya, jadi bukannya penat sebab tak buat apa2. So Doctor kata mungkin sebab busy sangat tu yang I rasa penat tu adalah normal sedangkan itu sebenarnya salah satu symptom. 

Jadi apa yang membuatkan I pergi check itu ialah sebenarnya, I nak jumpa Doctor Natasya sebab nak mintak tolong dia plan kan kalau I nak merancang buat anak lah senang cerita susah nau nak cari ayat haha. Itu adalah sebab kenapa I pergi jumpa O&G. Bila kita cerita tentang merancang kehamilan, ofcourse dorang akan buat scan nak tengok rahim kan jadi tu lah tu masa scan tu jumpa cyst. 
Kalau tak pergi check, sampai bila entah I akan dapat tau tentang cyst yang membesar dalam perut ni Allahualam.  

So begitulah cerita dia. I tanya apa faktor sebenarnya tapi daripada list yang Doctor tunjuk tu I macam hmmm satu pun macam tak berapa nak ada kena mengena contoh nya keturunan,makan supplement2 ni pastu apa lagi macam2 la yang dikatakan merupakan punca cyst tu. Tapi kalau kita dah dapat tau ada cyst, terus kena jaga makanan supaya dia tak makin membeso katanya. 

It happens so fast. Isnin dapat tahu, Khamis mintak masuk ward, Jumaat operate. 

Post- Surgery 

And.. selepas seminggu pembedahan tu kan semalam I pergi balik jumpa Dr Suhaimi untuk checkup . So dia bukak lah pad yang mengcover luka bedah tu and Alhamdulillah luka pembedahan tu kering dah,jadi dia bukak terus 'selotape'(I taktau what they call the tape is) yang digunakan untuk meng gam kan luka tu. Nasib baik tak sakit wea. Sebab orang cerita macam2 kalau jahit nanti dia tarik benang tu zap zap, kalau gam macam ni kalau staple macam ni, so memang I went in to his room with fear! Tapi Dr Suhaimi was like tak sakit tak sakit no worry tak sakit kita buat lembut2. So luka I tu dalam em 5-6 cm kot. jadi 'selotape' yang digunakan untuk cantum luka belah tu dalam 10 keping kot. Jadi semalam bila bukak tu dia bukak lah sekeping sekeping. Sampai sekarang I tak pernah tengok luka pembedahan tu haha taknak tengok! 

I memang sangat  jakun bab2 ni pertama sebab tak pernah ditahan masuk hospital, kedua sebab yela memang tak pernah sakit yang luka2 ni paling kuat pun demam so yea, pengalaman yang kurang enak semestinya tapi pandanglah dugaan ini dengan pandangan, kita hamba Allah Dia yang mengkehendaki segalanya kita sebagai hamba Dia kena cari apa hikmah dan perkara atau message yang cuba Dia sampaikan kat kita melalui dugaan ni. 

And nothing to be ashamed of . I share this because I feel like It's okay if people know and I would like to share the knowledge and experience InshaAllah walaupun ianya sangatlah kecil dibandingkan orang lain. Semoga pahala berkongsi ilmu yang bermanfaat tu ada lah dapat saham nya. That's all nothing more. 

As a normal human being ofcourse no matter how much we try to be strong there will be a trigger kan so there was time when I felt lost and disturbed especially when I had my PMS a day after the surgery so it was really tough to actually struggle maintaining a good emotion. 

Whenever I felt disturbed I would always try to motivate myself that yes I am now being tested by Him but I am also seeing that I have so many nikmat around me to compare with this test. 

Syukur Alhamdulillah. Allah tu bagi dugaan untuk yang mampu , dan dugaan ni sampai apabila I am a bit prepared , diberi hidayah untuk buat checkup diberi kemudahan sebelum sampai la selepas operation, diberi orang sekeliling yang hebat dan ikhlas , diberi kemampuan, dan yang paling penting sejujurnya I tahu Allah uji ni bukan kerana bersifat zalim tapi sebab Dia sayang nak uji I , if I really can go through this. Syukur, syukur Alhamdulillah. Sangka baik kat Allah. 

Disclaimer:  Apologies for any misleading terms . I am not an expert in medic these are all solely on my experience and what my Doctors told me.

Sekarang ni kat rumah ibu berpantang sikit la macam orang beranak walaupun tak ada baby, ni ha nak jaga luka ni ha kena la jaga makan kan. 

Sangka baik kat Allah. InshaAllah, jangan tinggalkan AlQuran. 




Lots of love,
Yana. 

CONVERSATION

21 Comments:

  1. Such an informative post.I pon tatau cemana boleh stumbled into your cyst post ni padahal tgh cari tempat percutian.AND kebetulan i pon buat cyst op last year.Macam you i pon mmg x pernah nk pg hospital sbb sakit2 lain (alhamdullilah) so bila pg hospital utk operation mmg cuak! Nak tau you pg hospital mana yeh? thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak dear I am so so sorry sebab baruuu baca! I buat operation di Columbia Asia Setapak KL.

      Delete
    2. Sakit tk lps discharge balik Naik kete tu

      Delete
  2. Terjumpa post ni..sm je pengalaman kita. Xtau pun de cyst. Dpt kesan time jumpa Doktor ms nak bncg tarikh FET. Sedih..tp cuba positif. Hari ni hari ke 18 pantang. Pantang jg mkn, nak cpt baik kan�� terima kasih berkongi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama..sy Bru balik hosp slyg .dpt tahu Ada cyst 7cm..kne oprate mcm czer tu..sis pun mcm czer ke..sakit Tak lps tu

      Delete
  3. Assalamualaikum sis.. Blh saya tahu, brp lama tempoh pulih sepenuhnya??

    ReplyDelete
  4. bestnya dua dua ovari masih cantik

    ReplyDelete
  5. Saya pun terkejut bila disahkan ada cyst yang amat besar..rasa gelap dunia.Asalnya pegi klinik jumpa doktor sebab kerap buang air kecil...perut langsung tak rasa sakit...hanya tak selesa sebab dah seminggu kerap buang air kecil..12 Disember 2019...doktor sahkan cyst saya amat besar sebesar perempuan mengandung 8 bulan.2 Januari 2020...saya pun dibedah....Alhamdulillah...rupa rupanya fibroid pun ada...keluar dari bilik bedah saya rasa sangat bersyukur...tak sakit dan saya rasa bagai mimpi saja yg saya sudah pun dibedah.Saya kagum dengan pembedahan dan perubatan sekarang..semuanya dengan izin Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tnye..sy pun bakal oprate..sakit Tak lps kluar hops tu ..sy takott

      Delete
    2. Sy baru lps operate cyst on wednesday 29.12.2020. Mcm sy rasenye sama dgn sis yg cerita ni. Cyst 8cm×7cm. Kena operate panjang dari pusat ke bawah. Post op- saya memang muntah2 almost 10 times. Dr kata maybe tak tahan dgn ubat bius. Sakit bahagian opreration utk hari 1 dan 2. Hari seterusnya cuma pedih2 ngilu mcm tu. Just ikut apa yg dr ckp, insyaAllah everything akan okay. Sy ada follow jugak ovary cyst support group kat fb and agak memabntu jugak. Hope it helps you��

      Delete
  6. Hi, sy bru je op buang cyst..dr anggarkn 9x7cm..tp bila dah tebuk..dr kata besar sgt n dh bercantum kt uterus..tp alhamdulillah dr kata ovary dua2 msih ok..sy pnya jnis endometriosis..punca dari darah haid..tp klu ikotkn simptom2 yg dikaitkan ngn cyst tu xda pn..cuma rase sakit pert n sakit belakang...skli p klink dr kata ad cyst n bersaiz bsr..sedih sgt time tu ..skng dah op dah..alhamdulillah hari ke 3 berpantang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu alaikum..nak tanya buat pembedahan di mana dan brpa kos?

      Delete
    2. Sama juga dgn kes sy, endometriosis, punca dari darah haid tu. Period punctual, cuma senggugut yg teruk, even lepas open surgery pon, senggugut teruk sgt. Tapi 2nd - 6th month, doc cuba rehatkan rahim sy, dgn suntikan lucrin. Kos pembedahan anggaran lebih kurang 23k. Tapi ikot pada hosp. Sy cuma bernasib baik, guna GL company. Alhamdulillah 🤲🏻

      Delete
    3. Berapa kos operate ya?

      Delete
  7. Assalamualaikum terima kasih Yana atas perkongsian ini. Tp tu lah, baru baca after dah selamat buat laparoscopic cystectomy. Cyst sebesar 6cm x 5cm, suggested to be removed ASAP. Dalam masa 14 hari saja lepas Doc bgtau ada cyst tu, hari ke-14 dah buat prosedur tu. Mmg rasa blank sekejap lps Doc bgtahu ada cyst kat ovari sebesar tu. Skrg dah masuk hari ke-19 slps surgery. Dah makin baik, cuma first period sangat sakit, sy xpernah ada senggugut. But this time, period tu sakitnya mcm contraction nak bersalin. Mungkin sbb left ovary kena toreh hr tu. (andaian sendiri 😆). Doc kata luka di ovary tu akan baik n tutup sendiri. (Now baru hari ke-3 period. ) Kesimpulannya, Doc soh elakkan makan any soya bean based food, sbb cyst ni sll dtg balik, so kena jaga pemakanan supaya dpt elakkan semua tu berulang...take care Yana. Glad to share this with u as well. Semoga dgn ujian kesakitan ini dapat jadikan kita hamba-Nya yg sentiasa bersyukur 😘😘

    ReplyDelete
  8. Terjumpa pos ni. Baca sbb nk tahu pengalaman mcm mn. Br juga operate cyst kiri kanan pada 29/12/2020 hari tu. Mmg siksa la nk tido mengiring ke kanan ke kiri.

    ReplyDelete
  9. Seronok tgk posting ni sebab ramai yg share pengalaman lebih kurang sama dgn saya. Masa mula2 doktor suruh saya standby nak buat laparoscopic, saya tak selesa nak bagitahu org lain, melainkan boss saya, dan adik beradik. My colleague semua pelik kenapa saya kena amek mc lama sgt.😅 kadang2 kita sendiri tak tahu apa simtom penyakit yang kita alami, melainkan kita sendiri yg ambil tahu berkaitan kesihatan kita, dan Allah SWT nk gerakkan hati kita nak pi check up. For my own reason, i’ve been TTC for almost 3 years and counting. Semoga segalanya dipermudahkan 🤲🏻

    ReplyDelete
  10. berapa kos rawatan ya?

    ReplyDelete
  11. Hi, Sy Yana jugak.. post op day 4.. sama pengalaman kita.. Sy sblm ni penah czer.. 6 tahun lepas.. lps czer, Sy ccuk perancang 3 tahun.. then 3 tahun dtg period monthly.. period ok, flow ok, darah pn biasa je x bnyk, x sikit.. 1st year period sakit biasa ja.. 2nd year start sakit lebih sikit tp kita layan je.. Mai tahun ke 3 sakit mkin teruk.. kena ambik ubat.. makin lama makin sakit smpai x boleh buat keja.. kena telan ubat lagi kuat.. penadol, ponstan x jalan dah.. kna ccuk kt punggung.. smpai 1 tahap sakit sgt smpai anak kena pijak punggung, husb urut pinggang.. nk fokus buat keja x boleh, drive pon x boleh, berdiri, berjalan x boleh.. semua x kena..pk nk buang je Rahim.. x nk period dh.. fobia.. (astagfirullahalazim..) one sat Sy p cek kt kpj, doc scan ad cyst rupanya 7x6 suggest suruh buang.. Sy terpaksa setuju walaupn sbnrnya x ready.. masuk wad, esok TU trs op.. rupanya cyst Sy melekat dgn usus Dan pundi kencing...komplikasi Dari previous czer scar.. tiub pun bengkak.. klu dah berumur, doc mungkin akn buang tiub.. tp doc bg peluang lg sbb Sy pn ttc jugak.. anak da 6 tahun x de adik lg.. doakn Sy cpt smbuh.. dn mengandung lagi.. Amin.. tq

    ReplyDelete
  12. Thank you for this story sis. Saya tengah cari maklumat dan terjumpa blog you. Saya ada cyst dan fibroid. Last appoinment hari tu kena tanya nak follow up saja atau operate buang. Hari tu jawab follow up je. Next app minggu ni ingat nak buang tp bila baca cerita pasal operate you tu mcm saya takut pula. So far saya tak sakit apa2 cuma irregular period je.

    ReplyDelete

About Me