Pembedahan Buang Cyst : Part 1
💓💓💓
22 August 2019
Monday
Damansara
Appointment with Dr Natasya.
Long story short, Dr. buat scanning. Dr start dengan buat scan masuk dalam vagina tu bukan scan dari atas perut tu ha. Entah apa nama alat tu tapi tak sakit pun, cuma kurang selesa la and rasa segan sikit sebab yela first time kot haha.
( Post dalam Bahasa Melayu rojak sebab nenek kita complain post kat FB in English dia tak paham )
'' Something 's here. You tengok ni ada big black thing. Size, 7x4.5cm lebih kurang. This is Cyst.' Doctor Natasya.
Huh? Cyst?
I sebenarnya macam blurr kejap.. Cyst ni bahaya ke tak, nanti I nak ngandung boleh ke tak? ketumbuhan ke apa ke boleh mati ke eh eh eh apa benda ?
''Hmm okayy, faham2.. so macam mana eak doctor.''
Sambil tahan air mata jangan sampai jatuh haha
''Kita tunggu lagi seminggu setengah apabila you datang period. kita check lagi kalau cyst ni ada lagi atau tidak sebab kadang2 dia ada kat situ sebab kita nak period, so kalau masa period tu it is still there,then confirm ,we need to remove''
''Hmm okayla Doctor saya ikut je what s best.''
''cuma ,Base on the scanning tadi Dr tak boleh identify lagi sama ada dia di ovary, atau dari fallopian tube or apa. Yang itu kita kena buat another check,like I said cyst ni ada macam2 jenis. Okay? It's okay you no worry ,banyakkan doa mudahan dia bukan ovary cyst.'
''Okay Doctor. So see you next week yeah.''
''Yes tapii kalau sebelum kita punya next appointment you rasa sakit atau tak selesa,terus ke hospital nearby you,pergi ke emergency terus bagitau mereka you ada 7cm cyst. sebab kita takut dia pecah. Alright?''
''Oh bytheway apa punca and symptom dia eak sebab I rasa I live my life normally je takda rasa sakit takda ,takda apa2 la Dr. Just fine.''
'' I dont think so makcik2 I kalau dapat tiap tahun boleh keluar baby''
'' you ada ambil apa2 supplement especially pil kurus ke nak gemuk ke kecantikan ke nak putih keanything?''
Dan air mata meleleh leleh leleh la kami berdua cakap dalam telephone tu. So orang lalu lalang depan tu memang nampak la kita ni tengah bersoksek nangis kat bangku.
So I texted Ibu,Mama. Dah okay sikit, baru I drive .Sepanjang perjalanan dari Damansara nak ke KL balik rumah tu nangis je lah mampu haha I sebenarnya memikirkan macam ya allah ai apa yang Kau nak bagitau aku ni. Tapi dalam pada nangis tu I terpikir la, hmmmm
Pekena XiFutang pun sedap ni hahhahaa so singgahla kejap Xi Futang dekat dengan rumah tu, baru balik. Dah sampai rumah, ngam2 Zohor g Zohor pastu ngaji pastu bukak note2 usrah nak bagi sedap hati sikit kan, pastu terus takda rasa apa dah sedih ke takut ke takda dah. I macam k lah redha jelah Allah yang bagi kan. Sangka baik kat Allah.
'takutlah kamu jika kamu senang tidak diberi ujian dan dibiarkan lalai dengan kesenanganmu. Kamu sedang merangkak ke neraka. '
'syukurlah kamu saat Allah berimu ujian. Dia nak tarik kau ke Syurganya.'
'Malulah kita pada Rasulullah. Anak2nya meninggal sebelum Baginda sendiri wafat. Baginda pernah demam panas yang panasnya dua kali ganda dari kita. Apalah sangat ujian kita, kita terus nak marah kat Allah? Malulah kita pada Rasulullah.'
' Berdamai dengan takdir Allah '
Lagipun selagi next appointment tu belum datang,I malas nak pike haha nak assume2 nak apa ke apa, Yang lain2 ikut cakap doctor je senang. kang lagi google lagi takut kang haha so takpayahhhh . Lol
Selasa Rabu pergi kerja macam biasa. Cuma dah bagitau my colleague and boss that I have cyst ,kena let them know la kan if anything emergency senang.
So selepas tiga hari daripada hari yang dapat tau tentang cyst tu, iaitu hari Khamis I pergi kerja lah macam biasa. Tiba2.
Sambung part 2 ya. Click link ni - > Part 2: Pembedahan Buang Cyst